10 March 2013

kekejaman pengganas sulu!

assalamualaikum semua.

hari nie sudah hampir sebulan pengganas sulu berada di bumi malaysia iaitu di negeri sabah sejak 9 februari di anggarkan seramai 150 penceroboh berpakaian tentera mendarat di felda sahabat 17,kampung tanduo,lahad datu.


tembak- menembak masih berlaku sehingga hari ini!

video yang aku baru sahaja lihat sebentar tadi melalui sumber yang aku perolehi,adalah video mengenai kekejaman pengganas sulu terhadap anggota polis kita yang mati di semporna. mereka telah diserang hendap dan dilakukan seperti binatang. betapa kejamnya! pengganas ini dgn sengaja mengambil video tersebut dan mengirimkannya kepada polis! seolah-olah mereka ingin beritahu, "inilah akibatnya apabila cuba melawan mereka!" 

dalam video yang aku lihat adalah memaparkan seorang anggota polis ditawan dan di kelar lehernya hidup-hidup.masyaallah! allahuakbar! aku berdoa semoga mereka mati syahid.aminnn..


aku berasa marah dengan penceroboh ini kerana mereka mmg tidak mempunyai hati perut dan keperimanusiaan terhadap manusia! mereka ini layak di gelar syaitannnn nir rojim

bagi aku mereka ini layak ditembak tanpa perlu berunding lagi! arahan tembak dan bunuh mesti dikeluarkan kepada pengganas ini!!!



akhirnya, polis akui yang anggota kita mati dibunuh dgn kejam!




tak mampu aku melihat video ini! video ini tidak boleh disebarkan atas sebab-sebab tertentu oleh pihak keselamatan. aku berasa marah yang sangat! 

YA ALLAH,KAU HANCURKANLAH PENGGANAS INI DARI MUKA BUMI INI! 
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

jika diberi peluang,aku juga ingin membantu negara aku untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara!





p/s : marilah kita berdoa kepada pejuang-pejuang kita. al-fatihah.

No comments: