21 March 2013

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar 
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman




p/s : di ambil dari fb

10 March 2013

akhirnya gua dapat ambil BR1M 2.0

Assalamualaikum sume..


gua ada berita baek nak disampaikan hari nie...hakhak


hehe.....panjang lebar gua senyum........... bukan maen sonok gua hari nie..


disebabkan hari nie gua amek BR1M, gua pun apply cuti rehat..

pukul 9pagi pada hari rabu gua pun gerak dari rumah ke pejabat umno ampang. untuk memudahkan perjalanan,gua enggan menaiki keta tetapi gua pegi dgn menaiki moto kerana senang nak parking dan tak kan sesak dalam jem..

 walawei.. bkn maen ramai yg dtg..

gua memang dah agak,jalan akan jadi sesak dan parking susah nak dicari..hakhak (otak anak anda sedang berkembang)

hasil temuramah gua pada pagi tu,pakcik makcik tu dah tercongok kat situ sejak pukul 7pagi..hakhak dari sudut pemerhatian gua pulak ada yang oku,bawak anak kecil,mengandung sume pun ada.sanggup mereka datang meskipun sakit semata-mata kerana br1m.. duit free weh! sape yg tak nak..






oleh kerana ramai sangat yang beratur dan menunggu, gua pun nak balik dulu dan pukul 2.30pm nnti baru gua dtg sbb time tu msti dah tak ramai.(otak anda sedang berkembang).hakhak... sampai umah gua bekpes,pastu gua terbongkang tido memandangkan gua cuti hari nie..hakhak jgn amalkan mcm gua!

bagus,orang dah takde..aku terus bagi i/c dan petugas tu suruh aku ke dewan di tingkat atas.. sampai-sampai je aku kat tingkat atas..mak ai! kena beratur lagi ke? 


pastu masuk dalam dewan.. 





mak ai.. ramai lagi orang rupenya.. msti dorang pun balik umah dulu..hakhak  nasib petugas tu bagi duduk tapi kena ikut arahan die,semuanya berjalan dgn lancar.




 selepas gua isi baucar nie, gua boleh tukar dgn cash.. ada awek jaga kaunter nie usha-usha gua.. nak mintak no fon gua la tu! hakhak tapi gua tak layan sebab gua lagi layan br1m nie..(sombonk r mamat nie)hakhak jual mahal la katakan...


hasilnya.....

dalam otak gua dah piki dah, sluar,baju,fon,bercuti, sport rim...hakhak membe gua plak call, bro, malam nie jgn lupe open table jam 10pm... gua ckp ok..  

sampai je gua kat rumah... mak, amek la duit nie.. 

malam tu gua pun open table tapi sume bayar sendiri! hakhak


p/s: BR1M 1.0 gua dah sapu, yang BR1M 2.0 nie gua bagi kat mak gua...

Kronologi pengganas di lahad datu!

Assalamualaikum..

9 Feb – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
12 Feb – Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu dari selatan Filipina.
14 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.
16 Feb – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat Kesultanan Sulu dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
18 Feb – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
24 Feb – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
26 Feb – Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
1 Mac – Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
2 Mac – Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
3 Mac – Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.
4 Mac – Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.
4 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.
4 Mac – Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.



5 Mac – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.




6 Mac  – Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

7 Mac -Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.


BERNAMA



p/s :  aku marah apabila menteri dalam negeri, dato seri hishamuddin buat conference beritahu yang bahawa mereka bukan militan atau pengganas!!!!!!! kepala hotak la...

kekejaman pengganas sulu!

assalamualaikum semua.

hari nie sudah hampir sebulan pengganas sulu berada di bumi malaysia iaitu di negeri sabah sejak 9 februari di anggarkan seramai 150 penceroboh berpakaian tentera mendarat di felda sahabat 17,kampung tanduo,lahad datu.


tembak- menembak masih berlaku sehingga hari ini!

video yang aku baru sahaja lihat sebentar tadi melalui sumber yang aku perolehi,adalah video mengenai kekejaman pengganas sulu terhadap anggota polis kita yang mati di semporna. mereka telah diserang hendap dan dilakukan seperti binatang. betapa kejamnya! pengganas ini dgn sengaja mengambil video tersebut dan mengirimkannya kepada polis! seolah-olah mereka ingin beritahu, "inilah akibatnya apabila cuba melawan mereka!" 

dalam video yang aku lihat adalah memaparkan seorang anggota polis ditawan dan di kelar lehernya hidup-hidup.masyaallah! allahuakbar! aku berdoa semoga mereka mati syahid.aminnn..


aku berasa marah dengan penceroboh ini kerana mereka mmg tidak mempunyai hati perut dan keperimanusiaan terhadap manusia! mereka ini layak di gelar syaitannnn nir rojim

bagi aku mereka ini layak ditembak tanpa perlu berunding lagi! arahan tembak dan bunuh mesti dikeluarkan kepada pengganas ini!!!



akhirnya, polis akui yang anggota kita mati dibunuh dgn kejam!




tak mampu aku melihat video ini! video ini tidak boleh disebarkan atas sebab-sebab tertentu oleh pihak keselamatan. aku berasa marah yang sangat! 

YA ALLAH,KAU HANCURKANLAH PENGGANAS INI DARI MUKA BUMI INI! 
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

jika diberi peluang,aku juga ingin membantu negara aku untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara!





p/s : marilah kita berdoa kepada pejuang-pejuang kita. al-fatihah.

cerita talian telefon..

assalamualaikum..


entah kenapa aku hari nie teringin nak pakai public fon. padahal fon aku dah canggih kot aku mengikut peredaran zaman. kredit pun ada sbb aku pakai bil (aku tipu) aku pakai topup je..hehe tapi hari nie tibe-tibe otak aku nekad nak menggunakan public fon.


teringat ketika di bangku sekolah dulu, public fon nie adalah satu-satunya cara nak berhubung dgn awek-awek kat luar sana. bdk lelaki akan menggunakan ayat powernya untuk mendapatkan no telefon rumah awek-awek nie..

tak dinafikan,aku penah la gak bergayut pakai fon umah. bila umah line clear je.. aku pun ape lagi.. call no awek-awek yang ada.. ape yg bestnya sgt aku pun tak taw. sampai ke perlis,sabah pun ada gak. sampaikan mak aku tgk bil telefon melambung tinggi terus dia g kunci pakai mangga telefon tu..haha  sorry ibu,anakmu mmg suke bercakap..hehe

bila rasa tak puas bergayut, aku akan menggunakan public fon. tp yang aku peliknya kadang-kadang tu public fon nie tunjuk ragam die. aku angkat gagang telefon, die "tulis kecemasan sahaja". terpaksa la aku cari kat tmpt laen. nasib ada basikal.

kadang-kadang aku pelik, public fon nak kena beratur! fedup aku.. dah la hati tgh berbunga-bunga sebab sang awek sedang menunggu panggilan sang jejaka yang kacak nie.. dah berjanji kot pukul 9.30malam. lepas balik dari mengaji ok! tapi disebabkan dorang buat public fon tu macam mak bapak die yang punye terpaksa la aku tunggu sbb ada satu je masa kat kawasan perumahan aku. mesti korang penah beratur gak kan? kan? kan?

Tapi yang paling best nya pasal public fon nie. aku cuma gune 10sen tapi aku dapat gayut 30minit.haha
ini adalah disebabkan, kawan aku telah mengajar aku benda yang sgt owesome. aku telah berjaya menggodam public fon. jadinya tiap-tiap malam aku pun bergayut dgn awek yg berlainan. hakhak terima kasih kepada kawanku encik saiful.

public fon jenis kat bawah nie je yang dapat di godam.hehe masa masukkan duit syiling tu ada number-number yang harus ditekan.hehe agak-agak ada lagi tak public fon jenis nie.





tapi skrg dah canggih dah. yang penting ada line tenet. laman sesawang frenster,myspace,fb, boleh gune viber,skype, dan macam-macam la.    


                                    .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                                   .
pak cik tu msti bergayut sampaikan tak sedar air da naek!haha




p/s : Yang penting, zaman skrg tak perlu beratur lagi. (-_-)