08 April 2013

Pangkor laut yang heaven


Assalamualaikum guys..  

aku nak citer kenangan aku di pangkor laut.. 

abes je spm hari nie, esoknya aku terus berangkat pegi ke pulau pangkor laut. untuk pengetahuan kome, pulau pangkor dan pangkor laut nie laen tapi bersebelahan je. yang membezakan pulau nie adalah pangkor laut sebuah pulau yang privated, bukan calang-calang orang yang masuk ke sini..kena booked dulu, xde duit jangan harap la nak masuk oi...

tapi aku ada kat sana sebulan lebih....mesti korang tertanya-tanya betapa byk nye duit aku.....hahaha

pangkor laut nie pernah menjadi the best island in the world-ranked second dan sememangnya tempat SPA yang terbaik di dunia..

kalau korang nak cari SPA antara yang terbaik di dunia kat pangkor laut nie la tempatnya..

banyak la award die dapat sampai skrg .. tengok di sini 








cantik kan??

bayangkan sebulan aku kat sana...

sebenarnya, aku bekerja kat sana. sambil aku bekerja sambil aku bercuti la kiranya kan..

aku dapat offer kerja kat sana, sebab tu aku tak lepaskan peluang nie..

apa keje yang aku buat kat sini?? banyak weh keje aku...

orang laen abes je spm nak pegi bercuti, nak lepas tension, tak nak di ganggu la.. nak privacy la.. lepak-lepak dengan kawan-kawan selepas berperang dengan spm.. tapi aku tidak.. terus menghilangkan diri jugak..tapi ke pangkor laut..hehe


ko nak tengok uniform aku masa kat sana..

kat sini aku guna nama samaran iaitu Afendi..
tugas hakiki aku time nie adalah sebagai banquet  kat cafe fisherman coves jaga breakfast,lunch and dinner.kadang -kadang tu kat uncle lim kitchen,royal bay beach club, tapi kalau  ada guest request nak pergi ke pulau nine islands, aku kena bawak n prepare makanan,semua yang diperlukan oleh guest. selalunya aku akan bawak dorang naik sunset cuise charted cruise.tengok pada aktiviti ape yang dorang nak.. perjalanan dari pangkor laut ambil masa 40minit..

Charted Cruise


Sunset Cruise














uniform simple aku

bila aku dapat tourist yang slanga france aku jadi tak paham ape yang dorang ckp.. kadang-kadang aku angguk je.. kadang-kadang naek kepala gile aku, aku saje je cakap bahasa melayu.. bkn die paham pun.. aku ckp, ape lagi yang ko nak setan..terus die cakap whatts?  aku terus ckp no,no.. the nine islands is the most beautiful and u can relax ur minds. enjoy ur self sir.. hakhak


tapi yang penting, aku layan die baek-baek punye.. pastu sebelum turun kapal dorang akan hulur kat aku tipss.. orang bagi kite amek, rezeki jangan di tolak..hehe

bukan maen banyak tips aku dapat.. gaji aku bukan nya besar pun..hakhak

ada sekali tu, aku dapat tips dolar amerika $1200.. aku terus bank in duit tu..hakhak



tapi pernah satu hari tu, angin yang kuat sampaikan ada arus ombak yang di panggil current telah menenggelamkan sauh kapal kami,kaki dengan tangan aku luka sebab nak menahan sauh daripada terus hanyut.. time tu aku dah cuak dah,sebab aku bukan pandai berenang pun,alhamdulillah semuanya selamat.

kat pangkor laut nie ada satu pantai yang sangat cantik di panggil emerald bay. kadang-kadang aku ditugaskan jadi waiter, ala-ala macam kat hawai macam tu.. kot-kot kalau ada tourist yang nak order air, aku la p antaq kat depa tu..

cantik kan??

tapi masalahnye ada satu minah saleh nie, selamber die je mandi tanpa seurat benang.. rezeki mata la kata orang..hehe tapi aku pegi la explain kat dia undang-undang kat malaysia nie. aku suruh la dia pakai bikini dia balik. sini bukan hawaiiii! sini negara islam.. gila ape nak biarkan die, kang x pasal-pasal kena ngap dengan buaya-buaya nie.. nasib ada aku!hehe

dalam seminggu keje aku dapat cuti sehari, time cuti nie lah aku akan singgah ke pulau besar pangkor untuk membeli belah. n kenangan kat pulau pangkor nie masa jumpe awek.. ececeh..



perdana menteri kita pun pernah datang pangkor laut  kalau korang nak taw..hehe time tu aku lah yang serve die.. kire bangga la jugak..

sepanjang aku kat sana, alhamdulillah solat aku tak pernah tinggalkan.. aku masih ingat pesan ibu..


Skuad, skuad sedia..


lepas balik je daripada pangkor laut,dorang offer aku pergi ke tanjong jara or cameron highlands pulak.. tapi aku pilih pergi ke program latihan khidmat negara.

thanks read this entry..

04 April 2013

suami mithali

assalamulaikum..

tersentuh aku melihat kesah abil yang sanggup berkorban menjaga isterinya yang sedang sakit kerana perasaan kasih dan sayangnya pada isteri tercinta iaitu fauziah muhamad.  menitis air mata aku jatuh ke bumi membaca kesahnya.

aku ingin menceritakan kesah seorang lelaki bergelar suami bernama abil fikri ahmad menjaga isterinya ketika sakit sehingga akhir hayatnya..

kesah ini bermula ketika fauziah @ gee jatuh sakit sekitar jun 2011 pada pukul 4.30 pagi. ketika itu abil membawa gee ke hospital ampang menaiki ambulans. gee menghidap penyakit asma yang menyebabkannya otaknya gagal berfungsi.bermula pada hari itu tiada satu hari pun abil tidak menatap wajah gee.

pada mulanya doktor memberitahu yg gee akan sedar selepas 3 hari,namaun sehingga hari kelima dia masih belum sedar.doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan. pada peringkat awalnya, abil susah untuk menerima kenyataan ini tetapi selepas mendapat sokongan keluarga dan rakan,abil bersemangat menghadapi ujian ini untuk orang yang disayangi.

abil mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai perunding kewangan untuk menunaikan tanggungjawab menjaga isterinya yang sakit.

 “Dia amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung,” kata Abil Fikri Ahmad, yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya.

tidak semua lelaki yang sanggup berkorban seperti Abil Fikri Ahmad.

 ”saya pegang amanah.”
“Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin,” katanya.
Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.


 abil dan gee saat meniti bahagia
Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.
Ujian mereka bermula, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

Selama gee sakit,abil  bukan setakat doktor menjaga gee tetapi sebagai tukang mandi, tukang tukar pampers ,tukang membersihkan najis mutawasitah, tukang buat facial muka gee, korek telinga, korek hidung, berus gigi, potong kuku, jadi tukang urut and semua nya. 

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur. Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab,
“saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia.”
“Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,” katanya lagi.
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.
Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.
“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.
“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil.
Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg. Menurut Abil, dia menerima ‘hadiah’ daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.
Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.
“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan,” ujarnya.
Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.
“Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha,” katanya.
                                                              abil membaca buku cerita


Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.
“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya.
Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?” Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.
“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.
"Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri,” katanya.



PERGILAH Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu,tidak lagi dapat menyapu air matamu,namun abang reda.

                                                kucupan terakhir daripada seorang suami

Pergilah!Abang yakin,disana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang.Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini. Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, masih murah dengan senyuman. Namun,tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.
Pemergian isteri tercinta pasti menjerut tangkai hatinya.


Ajal dan maut ditangan TUHAN.Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Ketika dia sihat  saya pernah bertanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur. Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri,adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,"katanya


abil juga ada menulis blog warkah buat isteri disini . blog ini dibuat untuk tatapan isterinya apabila gee sembuh kelak  jika isterinya sihat, dia akan tunjukkan pada isterinya. tetapi kini isterinya telah tiada..



p/s : jika aku bergelar suami, belum tentu aku akan setabah abil. tabik spring daripada aku untuk abil..