17 February 2013

lawak - TNB , lilin , Salah faham ..

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 6 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk  suaminya  dengan nada manja seraya berkata,

" papa,period  mama dah lewat sebulan, tapi mama tak boleh nak pastikan lagi
sebab kita kena gi check kat doktor."

ncik suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai

TNB tu pun berkata " ini rumah En. Zainal ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti bos saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

" apa?? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat??"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"Apa?? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu?? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" bertenang puan, puan ni baru
lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas ncik zainal ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ada di situ,

dia pun memekik seraya berkata,

"Apa masalahkorang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet.
awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr??!!

bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan.

"sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."
kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si zainal naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Zainal mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJER LAAAAA"


???????????? ???????.. ......... .........



Wadafakkkkk…

No comments: