26 February 2013

aku, dia dan parking


kereta jenis bmw X6 warna hitam dan no plat kenderaan yang sama. aku perasan dah beberapa minggu kereta nie tidak membayar tiket dan hampir setiap hari aku akan mengkompaun. aku dapat agak pemilik kereta nie mesti seorang yang bongkak. mesti dia nie sorang lelaki dan tak takut pada undang-undang. berani dia mencabar kewibawaan aku sebagai sorang penguatkuasa.


                                       
aku tetap akan keluarkan kompaun, tidak kira lah engkau anak dato ke, tan sri ke, anak menteri ke, anak kerabat di raja ke. bagi aku 'salah tetap salah', tapi sebagai sorang manusia aku tetap ada keperimanusiaan dan ada budi bicara pada kesalahan yang dilakukan. tapi tidak pada bmw nie. bongkak,sombong,berlagak memang ada ciri-ciri padanya. berani sungguh pemilik kereta nie mencabar aku sebagai penguatkuasa. mana tidaknya setiap hari aku kompaun kereta yang sama. tapi nampak gayanya pemilik nie tidak makan saman! dia tetap berdegil tidak mahu membayar tiket parking.

sekarang nie jam aku dah menunjukkan pukul 1 tengah hari.matahari dah terpacak kat tengah-tengah kepalaku. inilah tugas hakiki apabila berada di unit trafik. 360 kompaun harus di selesaikan dalam masa sebulan. bunyinya macam senang tapi sebenarnya susah kerana tempat yang aku harus kompaun tidaklah seperti di kuala lumpur yang begitu senang untuk mengkompaun kenderaan..huhu


tanggal 23disember 2015.

perut aku dah berbunyi-bunyi dah. bagaikan irama rock didalamnya seperti lagu awie.perut aku harus di isi memandangkan pagi tadi aku tidak sempat menjamah makanan. selalunya aku akan singgah membeli kueh di kedai kak ros tapi malangnya hari ini dia tidak meniaga.

dan setiap pagi aku harus baris selama 1jam dengan anggota yang lain. selepas baris aku bergegas untuk berjumpa dengan tuan pengarah dan selepas itu aku terus melakukan tugas hakiki..

amir,jom g makan. perut aku dah buat konsert arr?

jom, perut aku pun dah berbunyi-bunyi nie..jawab amir.

sedang aku dan amir menuju ke kedai makan melalui pejalan kaki lima di bangunan shop lots.tibe-tibe ada sorang perempuan bertembung melanggar aku..

taapppp,

woi, ko buta ke? mata kau pandang mane? tengking perempuan itu.

sape buta? ko yang buta? soal aku dengan nada agak keras.

ko nie kan laki tak gune,menyusahkan hidup aku. habis rosak kasut aku, stupid!

kasut aku dah la mahal! bukan ko mampu pun nak bayar!perli perempuan itu.

amir  sedang mengutip kertas-kertas yang berterabur memasukkan dalam fail

ko yang langgar aku, ko nak tuduh aku rosakkan kasut ko pulak? pegi mampus la..

amir  sedang mengutip kertas-kertas yang berterabur memasukkan dalam fail

"dah-dah ,jom kite g makan, tak payah layan minah senget nie."ajak amir.


ketika itu,amir sudah pun menggengam aku supaya pergi dari situ tanpa menghirau perempuan yang entah datang dari mana.jika tidak memang sudah bertekak dah aku dengan perempuan itu. aku memang pantang dengan perempuan yang amat berlagak nie. suke melayan!haha


nasib baek perut aku lapar,klu tak aku dah sepak dah muke ko.harap cantik je lebih tapi perangai........
.
ko tu dah la miskin, cakap jela tak mampu nak bayar.ujar perempuan itu.

aku tampar jugak kang pompuan nie.

tamparlah klu berani? ajuk perempuan itu.

mata perempuan tu dah tertutup semasa tangan ini sampai ke mukanya tapi ditarik balik dengan aku sambil berkata.  "nanti kotor pulak tangan aku" ujar aku sambil berambus dari situ

stupid. cakap perempuan itu dengan nada yang bengang.


sebulan kemudian,

kereta nie nampaknya sudah mencabar tahap kesabaranku, aku kena lakukan sesuatu, aku kena ajar kereta nie supaya dia tidak akan memandang rendah dengan penguatkuasa serta undang-undang.
dengan set yang ada di tangan aku. aku pun memanggil unit tunda untuk menunda kenderaan tersebut ke depoh. ini kerana pemilik kereta ini sudah melampau. sedangkan kadar bayaran 1 jam cuma 50 sen untuk dia membayar tiket. berbanding jika kena kompaun minimum rm80.





aku masih belum kenal lagi siapa pemilik kereta yang di tunda, hari ini aku sendiri akan hadap pemilik kereta itu. bermacam cerita aku telah dengar daripada mulut sarjan yang bahawanya kereta itu telah beberapa kali ditunda dan beberapa kali telah bergaduh dengan penguatkuasa. nampaknya sangkaan aku meleset sekali kerana pemilik kereta tersebut adalah seorang perempuan yang cantik tetapi seoarang yang berlagak dan sombong mengikut kata akak-akak disini.

hari nie aku sendiri yang akan berdepan dengan pemilik kereta ini.teringat aku tadi kata-kata abang azman bahawa kereta ini adalah kepunyaan anak dato Tarmizi dan menyuruh aku tidak mencari pasal dengan pemilik bmw ini kerana hanya sia-sia sahaja.aku tidak peduli dengan dato tarmizi meskipun dia sememangnya mempunyai pengaruh yang cukup banyak.

sejujurnya aku memang kagum dengan dato tarmizi kerana die telah banyak menolong orang melayu untuk terus maju seiring dengan orang cina. banyak anak muda telah berjaya kerana beliau.

entah bagaimana aku begitu tekad jugak menyuruh abang azman untuk menunda bmw itu dan aku sendiri yang akan handle kereta ini.

dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3 petang dan pemiliknya belum jugak datang menuntut kenderaan itu. sedang aku menyiapkan laporan tugasan aku, datang sebuah kereta lancer evo dengan laju dan drift di hadapan depoh kami. lalu keluar dua perempuan dari kereta itu menuju ke kaunter.

sape yang tunda kereta aku? soal gadis itu dengan nada yang kuat.

aku pun tampil ke depan dan terus menjawab 'aku orangnya yang menunda kereta ko'

"owh.rupanya kau! berani sungguh ko tunda kereta aku."

"ye memang aku orang nya. jika ko nak bmw ko balik, ko kena selesaikan semua kompaun yang belum ko bayar dari tahun lepas." jawab aku

"aku tak nak bayar. satu sen pun aku tak kan bayar."

tak nak ko punya pasal la.

"ko dah la miskin, gaji ko belum tentu lagi boleh bayar bmw aku."jawab perempuan itu dengan nada sombong.

"aku peduli apa"sambil terus menyambung keje aku..

tibe-tibe datang perempuan tu lalu terus mengoyakkan laporan aku.

dan aku terus menampar perempuan tu di depan semua yang ada di situ.

"woi.. ayah die tak pernah sekali pun sentuh die sampai skrg tapi berani ko tampar die?"

"skrg nie aku tampar sebab bapak die tak pernah nak didik anak die sebab tu anak die jadi macam nie."jwb aku dengan selamber.


pada keesokan hari nya dato tarmizi sendiri telah datang berjumpa Dato YDP di biliknya. aku telah dipanggil oleh Tuan Pengarah dan di bawa berjumpa Dato YDP. dan di situ aku telah bersemuka dengan Dato YDP.



Dato YDP meminta aku menerangkan kejadian yang sebenar dan aku menceritakan bagaimana kejadian ini berlaku dan kesalahan yang telah dilakukan oleh anak dato tarmizi dan bagi aku 'salah tetap salah'.

Dato YDP telah menyuruh aku meminta maaf dan tidak akan mencari pasal lagi.

aku pun bersuara, bukan aku yang harus meminta maaf tapi perempuan itu yang harus meminta maaf.

salina, ayah nak lina minta maaf dengan azlan.

"saya tak kan minta maaf dengan lelaki nie!"jawab salina sambil berlalu meninggalkan pejabat.

baru aku tahu nama perempuan yang sombong dan bongkak itu adalah salina.

seminggu selepas itu

petak kuning telah di cat berwarna merah menandakan petak itu telah disewa dan tidak ada lagi isu untuk aku menyaman kereta itu. kompaun juga telah dibayar oleh dato dan segalanya telah selesai.


keadaan sesak nampaknya memandangkan hari nie adalah hari gaji, sedang aku mengawal lalu lintas, bunyi hon memekik memekik dengan sengaja. tandanya menyuruh aku melicinkan keadaan trafik yang sesak. aku melakukan tugas aku tanpa menghiraukan bunyi hon itu kerana aku tahu itu adalah perempuan sombong.harap nama je sedap tapi perangai........

sekali lagi bunyi hon memekak-mekak ketika aku sedang membuat pemeriksaan tiket parking.

woi penguatkuasa, boleh tak ko kompaun kereta nie? dan ko tunda kereta nie skrg jugak, aku nak cepat.


ko bukan incharge aku nak mengarah-arah aku macam nie!

aku ada nama, bahasa tu elok-elok sikit.dengan nada yang tegas.

"baiklah en. azlan, boleh tak awak tolong saya."dengan suara yang sayu dan menggoda.

weeeekkkkk, geli aku dengar. ko tak payah nak gedik-gedik.

aku pun tak ingin la nak ko jadi bf aku.. banyak lagi laki ensem dari ko.

bmw itu pun menghilang dari pandangan mata aku. aku terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar.






hujan turun dengan lebatnya,



aku rasa aku nak sambung.....


p/s : penat cari idea..

No comments: