04 April 2013

suami mithali

assalamulaikum..

tersentuh aku melihat kesah abil yang sanggup berkorban menjaga isterinya yang sedang sakit kerana perasaan kasih dan sayangnya pada isteri tercinta iaitu fauziah muhamad.  menitis air mata aku jatuh ke bumi membaca kesahnya.

aku ingin menceritakan kesah seorang lelaki bergelar suami bernama abil fikri ahmad menjaga isterinya ketika sakit sehingga akhir hayatnya..

kesah ini bermula ketika fauziah @ gee jatuh sakit sekitar jun 2011 pada pukul 4.30 pagi. ketika itu abil membawa gee ke hospital ampang menaiki ambulans. gee menghidap penyakit asma yang menyebabkannya otaknya gagal berfungsi.bermula pada hari itu tiada satu hari pun abil tidak menatap wajah gee.

pada mulanya doktor memberitahu yg gee akan sedar selepas 3 hari,namaun sehingga hari kelima dia masih belum sedar.doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan. pada peringkat awalnya, abil susah untuk menerima kenyataan ini tetapi selepas mendapat sokongan keluarga dan rakan,abil bersemangat menghadapi ujian ini untuk orang yang disayangi.

abil mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai perunding kewangan untuk menunaikan tanggungjawab menjaga isterinya yang sakit.

 “Dia amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung,” kata Abil Fikri Ahmad, yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya.

tidak semua lelaki yang sanggup berkorban seperti Abil Fikri Ahmad.

 ”saya pegang amanah.”
“Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin,” katanya.
Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.


 abil dan gee saat meniti bahagia
Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.
Ujian mereka bermula, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

Selama gee sakit,abil  bukan setakat doktor menjaga gee tetapi sebagai tukang mandi, tukang tukar pampers ,tukang membersihkan najis mutawasitah, tukang buat facial muka gee, korek telinga, korek hidung, berus gigi, potong kuku, jadi tukang urut and semua nya. 

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur. Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab,
“saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia.”
“Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,” katanya lagi.
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.
Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.
“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.
“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil.
Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg. Menurut Abil, dia menerima ‘hadiah’ daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.
Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.
“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan,” ujarnya.
Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.
“Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha,” katanya.
                                                              abil membaca buku cerita


Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.
“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya.
Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?” Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.
“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.
"Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri,” katanya.



PERGILAH Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu,tidak lagi dapat menyapu air matamu,namun abang reda.

                                                kucupan terakhir daripada seorang suami

Pergilah!Abang yakin,disana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang.Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini. Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, masih murah dengan senyuman. Namun,tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.
Pemergian isteri tercinta pasti menjerut tangkai hatinya.


Ajal dan maut ditangan TUHAN.Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Ketika dia sihat  saya pernah bertanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur. Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri,adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,"katanya


abil juga ada menulis blog warkah buat isteri disini . blog ini dibuat untuk tatapan isterinya apabila gee sembuh kelak  jika isterinya sihat, dia akan tunjukkan pada isterinya. tetapi kini isterinya telah tiada..



p/s : jika aku bergelar suami, belum tentu aku akan setabah abil. tabik spring daripada aku untuk abil..






4 comments:

Unknown said...

tersentuh..

Unknown said...

nangis baca ni...

Unknown said...

bertuah isteri...

hana hadi said...

bersyukur dapat suami sebaik dia